12/11/2013 PUNYA CERITA....


            



Assalammualaikum...^^,

Persatuan Pembangunan Insan (PPI) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Peers Guidance Club (PGC) dan Gabungan Pelajar Semenanjung Malaysia (GPMS) telah mengadakan Program Malam Ekspresiasi Siswi pada 12 November 2013 yang bertempat di Dewan Pro Cansellor Universiti Selangor kampus Shah Alam. Malam Ekspresiasi Siswi ini terdiri daripada 42 orang pelajar yang terdiri daripada ahli daripada kesemua kelab tersebut.
            
Antara objektif utama pada malam tersebut adalah untuk menyemai keislaman dalam kalangan wanita muslimah sejati sejajar dengan visi universiti yang mahu mendidik para profesional dan ilmuan mempunyai moral dan etika terpuji. Selain daripada itu juga ia dapat mengeratkan hubungan silaturrahim diantara kelab-kelab di Unisel dengan melibatkan ahli-ahli kelab untuk turun padang menjalankan Program Malam Ekspresiasi Siswi.
            
Program Malam Ekspresiasi Siswi ini bermula pada jam 9.00 malam yang dimulakan dengan dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan alu-aluan daripada pengarah Program itu sendiri iaitu yang Berusaha saudari Shasliza bt Samsuddin kemudian perasmian pula telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof Dr. Haji Anuar Bin Haji Ahmad, Presiden & Naib Canselor UNISEL.
            
Diantara acara pada malam tersebut adalah Make up Tutorial daripada Farmasi Colour Cosmetic kemudian diteruskan lagi dengan Hijab Tutorial daripada Saudari Nurfarahin bt Abdul Aziz. Acara pada malam itu menjadi lebih menarik lagi apabila terdapat pertunjukan gaya Mahasiswa yang terdiri daripada ahli jawatankuasa yang memperagakan pakaian-pakaian yang sebahagiannya ditaja oleh pihak tajaan. Manakala bagi para peserta juga terdapat acara Pertandingan Gaya Muslimah yang memperagakan pakaian mereka masing-masing pada malam tersebut.
            
Acara diteruskan lagi dengan sesi Santai bersama para panel iaitu Farah Asyikin, Siti Nordiana dan Nor Adibah (dai’e) yang membincangkan topik “Upgrade to High Class Women” dan kemudian diikuti dengan tayangan video mengenai “Ciri-ciri Wanita Idaman Seseorang Lelaki” dan tayangan video khas oleh Fatimah Syarha. Setelah sesi santai bersama berakhir terdapat juga sesi cabutan bertuah untuk para tetamu. Sebanyak 16 cabutan yang telah dilakukan dengan hadiah-hadiah yang menarik.
            
Sebelum berakhirnya Malam Ekspresiasi Siswi pengumuman untuk Anugerah Balqis dan Gadis Stailista telah diumumkan. Ciri-ciri pemilihan adalah berdasarkan Siswi yang agak menyerlah dan memakai pakaian yang memenangi hati juri pada malam tersebut. Dengan berakhir pengumuman tersebut maka berakhir acara pada malam tersebut. Terdapat sedikit juadah yang telah disediakan oleh pihak Malam Ekspresiasi Siswi untuk para tetamu yang hadir pada malam itu.

            Pelajar Unisel juga berharap agar program ini akan diadakan lagi pada masa akan datang kerana program ini dapat memberi pengisian kepada para pelajar terutamanya dikalangan Siswi Unisel.


antara panel yang dtg adalah nana, farah asyikin & adibah da'ie



sesi PERASMIAN MALAM  EKSPRESIASI SISWI


AJK MALAM EKSPRESIASI SISWI

DEKORASI MALAM EKSPRESIASI SISWI

Comments

Popular posts from this blog

finally 100!

HANYA SEKETIKA