nuffnang

yang baik semuanya datang daripada ALLAH

tak semua pe yang kita mahukan kita akan dapat jadi berusahalah untuk mendapatkan pe yang kita inginkan dan kemudian barulah berserah kepadaNYA...^^
hari-hari ingat ALLAH,
INSYAALLAH...
Segala pe yang dilakukan akan diberkati...^^,

Wednesday, 9 November 2016

SOAL HATI

KADANG-KADANG KITA MERASAKAN KITA BETUL

TETAPI...

SEBENARNYA KITA SALAH
KADANG-KADANG KITA HANYA INGIN MENGAPAI APA YG DI IDAMKAN
SEHINGGA KITA TERLUPA 
                           
                             YANG.....

KITA MELUKAI HATI ORANG DISEKELILING KITA
KADANG-KADANG KITA RASA TERLALU PENAT MENJAGA HATI ORANG

 NAMUN...

TIDAK SEMUA ORANG TAHU APA YANG BERADA DIHATI KITA

TETAPI...

TAHUKAH MEREKA KENAPA KITA MELAKUKAN PERKARA TERSEBUT
MEMANG BUKAN MUDAH UNTUK MENCAPAI APA YANG DI INGINI

TETAPI...

APABILA KITA INGIN MENGAPAINYA ORANG MULA MEMPERTIKAIKAN

MUNGKIN...

JUGA KITA TIDAK SEDAR AKAN PERUBAHAN DIRI KITA

NAMUN...

TAHUKAH MEREKA PERUBAHAN TERSEBUT JUGA

MUNGKIN...

DATANGNYA DARI PERBUATAN MEREKA
APAPUN YANG TERJADI HANYA TUHAN YANG TAHU DI HATI KITA
SEMOGA SEMUA ORANG BERGEMBIRA DAN SENTIASA DIMURAHKAN REZEKI SERTA BERJAYA DALAM APA JUA DILAKUKAN

AMIINNN...



INGATLAH KITA TAK AKAN SENTIASA BERADA DI ATAS... INGATLAH YANG ALLAH SENTIASA ADA DENGAN KITA...^^,

Tuesday, 23 September 2014

sesal separuh nyawa

Andai pastinya ku tahu
Takkan aku tinggalkanmu
Namun masih keliru teringat masa lalu

Tetap tiada kulupakan
Indah setiap sentuhan
Cinta yang kau tinggalkan
Kekalnya berdampingan

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

Masih terasa nafasmu
Lembut menusuk jiwaku
Dengan dihembus bayu
Membawa khabar rindu

Tapi sulit kuteruskan
Engkau jauh kehadapan
Aku, tabah berjalan sembunyikan harapan

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

Separuh sayangmu dihati
Separuh lagi kau bawa pergi
Tiada arah jodoh kita
Tuhan tentu… kannya

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

Friday, 18 April 2014

LUMRAH KEHIDUPAN


hidup ini penuh dengan pancaroba
adakalanya kita di atas adakalanya kita di bawah
hidup ini pelbagai dugaan
kadang-kadang kita gembira
kadang-kadang kita sedih
kadang-kadang kita merasai semuanya dalam satu masa
namun
yang selalu terjadi apabila seseorang itu melakukan kesalahan
jika seseorang itu melakukan kebaikan orang tidak akan nampak
namun satu sahaja kesalahan orang akan terus nampak 
itulah kehidupan bukan?
yang baik diam
yang buruk akan dikata
namun hidup ini perlu diteruskan
biarlah mulut orang berkata-kata
apabila mereka dah lelah mereka akan diam seribu bahasa
ingatlah bahawa Allah tidak akan menguji umatnya jika umatnya tidak mampu dengan ujiannya...

Monday, 3 February 2014

12/11/2013 PUNYA CERITA....


            



Assalammualaikum...^^,

Persatuan Pembangunan Insan (PPI) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Peers Guidance Club (PGC) dan Gabungan Pelajar Semenanjung Malaysia (GPMS) telah mengadakan Program Malam Ekspresiasi Siswi pada 12 November 2013 yang bertempat di Dewan Pro Cansellor Universiti Selangor kampus Shah Alam. Malam Ekspresiasi Siswi ini terdiri daripada 42 orang pelajar yang terdiri daripada ahli daripada kesemua kelab tersebut.
            
Antara objektif utama pada malam tersebut adalah untuk menyemai keislaman dalam kalangan wanita muslimah sejati sejajar dengan visi universiti yang mahu mendidik para profesional dan ilmuan mempunyai moral dan etika terpuji. Selain daripada itu juga ia dapat mengeratkan hubungan silaturrahim diantara kelab-kelab di Unisel dengan melibatkan ahli-ahli kelab untuk turun padang menjalankan Program Malam Ekspresiasi Siswi.
            
Program Malam Ekspresiasi Siswi ini bermula pada jam 9.00 malam yang dimulakan dengan dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan alu-aluan daripada pengarah Program itu sendiri iaitu yang Berusaha saudari Shasliza bt Samsuddin kemudian perasmian pula telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof Dr. Haji Anuar Bin Haji Ahmad, Presiden & Naib Canselor UNISEL.
            
Diantara acara pada malam tersebut adalah Make up Tutorial daripada Farmasi Colour Cosmetic kemudian diteruskan lagi dengan Hijab Tutorial daripada Saudari Nurfarahin bt Abdul Aziz. Acara pada malam itu menjadi lebih menarik lagi apabila terdapat pertunjukan gaya Mahasiswa yang terdiri daripada ahli jawatankuasa yang memperagakan pakaian-pakaian yang sebahagiannya ditaja oleh pihak tajaan. Manakala bagi para peserta juga terdapat acara Pertandingan Gaya Muslimah yang memperagakan pakaian mereka masing-masing pada malam tersebut.
            
Acara diteruskan lagi dengan sesi Santai bersama para panel iaitu Farah Asyikin, Siti Nordiana dan Nor Adibah (dai’e) yang membincangkan topik “Upgrade to High Class Women” dan kemudian diikuti dengan tayangan video mengenai “Ciri-ciri Wanita Idaman Seseorang Lelaki” dan tayangan video khas oleh Fatimah Syarha. Setelah sesi santai bersama berakhir terdapat juga sesi cabutan bertuah untuk para tetamu. Sebanyak 16 cabutan yang telah dilakukan dengan hadiah-hadiah yang menarik.
            
Sebelum berakhirnya Malam Ekspresiasi Siswi pengumuman untuk Anugerah Balqis dan Gadis Stailista telah diumumkan. Ciri-ciri pemilihan adalah berdasarkan Siswi yang agak menyerlah dan memakai pakaian yang memenangi hati juri pada malam tersebut. Dengan berakhir pengumuman tersebut maka berakhir acara pada malam tersebut. Terdapat sedikit juadah yang telah disediakan oleh pihak Malam Ekspresiasi Siswi untuk para tetamu yang hadir pada malam itu.

            Pelajar Unisel juga berharap agar program ini akan diadakan lagi pada masa akan datang kerana program ini dapat memberi pengisian kepada para pelajar terutamanya dikalangan Siswi Unisel.


antara panel yang dtg adalah nana, farah asyikin & adibah da'ie



sesi PERASMIAN MALAM  EKSPRESIASI SISWI


AJK MALAM EKSPRESIASI SISWI

DEKORASI MALAM EKSPRESIASI SISWI

Thursday, 7 November 2013

SEMANGAT SEMULA... TERIMA KASIH SAHABAT...^^,


Assalammualaikum...^^,

hai...oppssss agak lama mendiamkan diri...huhu banyak kerja la uollsss hihi kalau orang lain AKHIR-AKHIR SEM akan FOKUS kat SUBJEK... tapi aku BANYAK plak EVENT yang kena lakukan.... opppssss hahahahahaha

okey la dalam BUZY aku dengan EVENT aku sempat la BERIADAH dgn sahabat-sahabat aku nie... perghhh mcm tak percayalah kan aku dapat buat benda alah nie... nak tahu apa dia.... jeng jeng jeng...huhu


yang 1.7KM je okey....hihihihi
sebelum turun tangkap gambo dulu...hihihi







biarlah gambar menceritakan segala-galanya...^^, opppssss sorry gambo xbape nak lawa... guna HP je...huhuhu macam-macam masa aku naik bukit tu... aku tak larat nak naik sampai atas sebenarnya tapi atas SOKONGAN....DORONGAN... sahabat sekalian akhirnya aku berjaya naik jugak.... yuhuuuuuuuu hihihi happy siot.... hahahahha



tapi sebelum beroga aku ada pergi tengok TEATER dekat ASWARA...tentang MENUNGGU LAMPU HIJAU....^^, 
best jugak cite nie....huhuhu





okey la nanti kita stoli moli lain kali okey.... daaa
wassalam....
P/s: semoga cepat sembuh MFS....^^,

Friday, 11 October 2013

kisah hari ini....^^,

Assalammualaikum... 

hello...hello..hello....^^,

hari nie bercampur ++++ perasaan aku... aku pon tak tahu kenapa... tapi aku BERSYUKUR sangat-sangat sebab dapat menyiapkan TUGASAN yang telah diberikan...^^, TERIMA KASIH semua sebab membantu saya hari nie... jasa korang semua dikenang la....huhu

hari nie memang mencabar betol sampaikan aku dengan sahabat-sahabat aku tak makan untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan huhu yang paling best sampai ada yang kata "cepatnya SURAT sampai kali nie"  rasa macam nak gelak....huhu yela selalunya dorang kata kenapa lambat hantar la apa la dan so on.....huhu 

kata la apa pon janji kami hanya menjalankan tugas yang diberikan...^^, TERIMA KASIH SAHABAT-SAHABATKU...^^,




Thursday, 26 September 2013

KURSUS KECEMERLANGAN KACA SESI 2, 2013

Assalammualaikum...


hai... semua sihat ke? syukur Alhamdulillah hari ini sakit aku semakin beransur...^^, terima kasih kepada SAHABAT yg sentiasa mendoakan aku... okey la... mood aku tengah mencurah-curah nie sebelum dia U-TURN baik kita teruskan dengan cerita sebenar... hehehe

pada 13, 14 - 15/9/2013 yang lepas satu PROGRAM telah berlangsung anjuran daripada UNIT KAUNSELING dan bekerjasama dengan PEERS GUIDANCE CLUB (PGC)... program ini diadakan bagi membantu siswa siswi untuk meningkatkan keyakinan diri, menguruskan masa dengan betul, cara pembelajaran dengan efektif dan lain-lain lagi... TIADA BAYARAN DIKENAKAN... & HANYA YANG TERPILIH SAHAJA akan dapat mengikuti PROGRAM KACA ini...^^,


so adik-adik yang TERPILIH nie BERUNTUNG tau...^^, pelbagai aktiviti telah diadakan seperti CERAMAH cara pembelajaran yang efektif dengan menggunakan MIPE MAPPING (betol ke tak ntah ejaan aku tu??? huhu ) aktiviti dalam kumpulan... malah ada juga riadah, senaman, dan tidak lupa juga dari sudut KEROHANIAN diadakan QIAMULAIL...^^,


dan jika ada programnya mestilah ada FASILITATOR bukan??? huhu sebenarnya... PN.NURUL selaku kaunselor dan penasihat PGC hanya memerlukan seramai 10 orang FASILITATOR sahaja tetapi... kami nie pula yang SUKARELAWAN untuk turun padang mengikuti program nie... so FASILITATORnya sahaja melebihi jumlah peserta...huhu tapi its ok... kami pon dapat mempelajari macam-macam semasa program dijalankan... itulah yang kita dapat jika kita tidak berkira dalam apa jua yang kita lakukan...^^,


okey la tak mau berceloteh panjang... jom kita tengok GAMBAR kat bawah nie... daripada gambar menceritakan segalanya bukan...^^,



yang nie masa 1st day selepas perasmian... aktiviti bersama abg farhan...

fasi-fasi pon join sekali tau...huhu itulah ukhwah...^^,

adik nie la paling aku suka sebab dia baru 1st sem. dan dia dengan SUKARELAnya join program nie...^^,

aktiviti senaman yang paling best...huhu

nie husna... masa siri pertama dia join dan kali nie pon dia join jugak... tq dear...^^,

aktiviti "MAGIC PAKU" bersama abang ryan...

fasilitator je ramai bukan??? huhu

oppppppssssssss....huhu

lagu apa ek???? (bincang jangan tak bincang kome...huhuhu )

nie la lukisan saya... sama tak??? hehehe

cara menguruskan masa...nie aktivitinya...huhu

ketawa bersama-sama....^^,

adik nie bercakap bukan menyegih okeyyyy...huhu




pasang niat....^^,

makan itu penting....hihi

kumpulan yang menang aktiviti "MAGIC PAKU"

mipe mappping

SUDOKU oh SUDOKU....


barisan tenaga dan peserta yang menjayakan program ini...^^,



TERIMA KASIH SEMUA KERANA MEMBERI KERJASAMA UNTUK PROGRAM INI... IN SHA ALLAH.. PROGRAM INI AKAN DIADAKAN LAGI KELAK... TERUSKAN MENYOKONG OKEY...^^, dan dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan TERIMA KASIH kepada semua  Fasilitator yang hadir dan diharapkan ukhwah kita akan berkekalan sampai bila-bila okey... ^^, In sha Allah...^^,

P/S : nie khas untuk adik-adik KACA... untuk FASILITATOR pnya tunggguuuuuuuuu yea..... hehehehe... daaaa WASSALAM...^^,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...